Monday, August 9, 2010

Alhamdulilah puasa datang lagi...

Antara bulan yang paling aku sukai. Disamping menguruskan badan dan juga memelihara diri bulan Ramdhan juga antara yang paling meriah bagi ku.. Masakan tidak dengan bazar ramadhan, makanan yang jarang dilihat pada bulan2 lain, Masjid dipenuhi dengan Tadarus Al Quran, Tarawikh... Alangkah indahnya hidup ini sebagai seorang Muslim. Di akhir ramadhan pula sibuk dengan persediaan raya, rumah bercahaya sempena Malam Tujuh Likur.. Pendek kata mcm2 ada..

Tapi apa2 hal pun, puasa tetap jd keutamaan, so post kali ini  GG selitkan niat puasa ramdhan dan juga niat berbuka..

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa


Niat berbuka puasa 


allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin


Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Jika berkesempatan GG akan post tempat yang sesuai untuk berbuka dan bersahur serta lokasi bazar ramadhan yang berhampiran.


Akhir kata, GG sekeluarga mengucapkan Selamat Menunaikan Puasa Ramadhan, dan berhemah ketika berbelanja di bulan ini. Ingatilah golongan yang kurang bernasib baik kerana bulan ini juga adalah milik mereka.. Wassalam

No comments:

Post a Comment